Tuesday, November 26, 2013

dapat tukaq..

Hari ni aku baru check egtukar..memula x harap apa pn sbb bab tukaq ni mmg x de harapan sbb aku tak kawen lagi..tup2, TAHNIAH! aku ternganga depan laptop..biaq betul aku dapat tukaq...adik aku dah syok sakan, call akak kat kg bagitau aku dapat tukaq balik KEDAH...aku termangu bkn apa, nak syok pun x leh sbb otak serabut dgn assignment..nak pk pindah, cari lori..atoii...
tp aku redha..sudah rezeki aku setakat ni kat PERAK, kena la balik negeri sendiri kan...baru aku nampak hikmat kami break-up..rupanya ALLAH dah tetapkan, aku hanya 6 tahun di PERAK..kalo aku still dgn dia, pening gak kepala mcm mana nak tukar..
sekrg aku dlm dilema sbb rasanya mcm aku ada sebut dlm hati..kalo dapat tukar, aku nak antar last message utk bgtau yg aku cintakan dia..atoi, apa nak buat ni? celcom ada antar mms,

It's hurt to live someone and not be loved in return,
but what is the most painful is to loved someone and
never find the courage to let the person know how you feel..

betul kata2 ni..paling sedih, pedih bila tak dapat luahkan apa kita rasa pada dia..pendam ja sampai rasa nak meletup dada ni....aku tak kuat untuk beritahu dia lagi...biarlah aku simpan ja perasaan ni..selamanya

Sunday, November 17, 2013

ada ke cinta sejati?

aku sebenarnya masih tertanya, adakah apa yg aku rasa pada ex-bf adalah cinta? sebab aku tak pernah tahu apa itu cinta sebelum jumpa dia..so, bila kenal dia, aku yakin aku sayangkan dia..cuma cinta tu, ada atau tidak?
apa sebenanrya cinta? ada sesapa boleh jawab tak? bila aku tanya kekawan yg dah kawin, dia org sdr x tau macam mana nak jelaskan...sekrg aku blh anggap yg cinta itu sesuatu yg rumit, takkan tahu selagi tak alaminya...tapi apa cinta sejati? cinta yg macam mana baru boleh dikatakan sejati?
Hai, pening le kepala kalo pkkan soal cinta sejati ni...mungkin cinta sejati wujud di dunia ni, cuma aku yg x jumpe lagi kot..tunggu je la, kan..kalo x de cinta di dunia, maknanya cinta aku di akhirat nanti...

Thursday, November 14, 2013

Panggilan hangit..

minggu ni aku dgr panggilan hangit on the way nak p sek...selalunya aku x berapa nak layan panggilan hangit sbb nak fokus pd jalan....tetiba je satu hari ni aku tergerak nak dgr...citenya, girlfren nak kena pinang...si boyfren ni cakap siap2 yg dia takkan lepaskan gf ni....bila dj srh gf ni cakap, si bf dah mula tersedu...boleh dgr dia menangis..itu satu cite...pg tadi ttg tunang keluar makan dgn ex-bf..mengamuk giler tunang dia bila si pompuan ni call bgtau..
okey, bagi aku benda mcm ni nak kata lawak pun x jgk..sbbnya kedua lelaki ni sayang teramat pada kekasih dia org..sesapa pun akan marah kalo kekasih kena kacau, bukan....tapi aku plg suke yg panggilan pertama tu..bertuah gf dia sbb bf dia sayang sungguh kat dia..itu jugak yg aku mahukan dari kekasih aku..aku tak nak dia mudah lepaskan aku, berusaha untuk dapatkan aku dgn apa cara pun....bknnya dgn mudah terima je bile aku kata putus..kalo betul sayangkan seseorang tu, kita kena la buktikan, nampakkan kesungguhan kita tu..ini tidak, mudah je lepas tangan...mcm kata sayang sebelum ni cuma mainan bibir ja..kekdg aku tak faham dgn lelaki ni....kenapa mudah sgt ucap sayang, rindu dan kemudian semudah itu pulak lepaskan kita..
aku tak de banyak pengalaman cinta ni tapi sekali saja dah buat aku serik..rasa macam susah nak percaya lelaki lg selepas ini..sekali aku beri hati aku dan tidak dihargai..
sekarang dah sampai penghujung sesi persekolahan...esk hari terakhir p sek..aku akan bz dgn studies br blh cuti..dan bulan Disember ni buat aku sedih..sbbnya aku jumpa dia di bulan ini..aku jadi rindu pada dia..dan kembali tertanya keadaan dia skrg ni..semoga dia sihat, selamat dan bahagia dgn seseorg..miss u, B..Love u, B..where ever you are, i still love u..

Saturday, November 9, 2013

sakit le, huhuhu

pernah tak memandu dlm keadaan yg tak sehat? serius, aku tak pernah..tp minggu ni tak semena2 aku demam..mcm mengejut je aku jatuh sakit....maybe sbb bz sgt kot sampai badan pn dah x larat nak berfungsi, huhuhu...tp nak buat camne, mggu2 akhir seblm cuti pjg mmg banyak keja... tak tao la smpt siap ke tak...
berbalik soalan tadi, aku baru le merasa mcm mana drive kalo x sehat...ketaq lutut cheq...nak pegang stereng pn mengeletar semacam ja...tp aku p gak kelas sbb nak jumpa groupmate..lgpn aku dah x p sekali kelas ni, so x nak buat dah...nak dkt nak antar assigment kena rajin p kelas....rajin sgt le tuh...hehehe...
hr ni ahad, aku dah okey skit...tp kalo blh jgn la sakit masa ni..byk benda nak buat and settle..cheq x mao...x mao..tp kan, yg bestnye masa aku p klinik, bila timbang berat badan, susut ko...dah 56 kg dari 58kg...yes!yes!...kan ada hikmahnya sakit ni...mggu ni dah akhir sesi persekolahan, aku nak settle semua keja sek n pastu fokus totally pada belajar plak...tak sabo wei nak cuti...

Tuesday, October 29, 2013

Penat..huhuhu

Hari ni penat, sesungguhnya penat!!! semalam dah le sampai kul 6.30 aku dgn bebdk buat rehearsal utk majlis konvo..hari, dari pagi sampai kul 5 tadi kami buat persembahan....bebdk aku nampak lesu sgt..kalo dia org x mai sek pn aku tak marah sbb dia org dah bertungkus lumus untuk majlis...
lega la semuanya dah beres...sekarang ni tinggal persembahan masa majlis anugerah sekolah plak..dan cuti sek pn dah makin dekat...aku boleh la fokus pada study aku plak lps ni..
pejam celik, dah nak sampai hujung tahun..dan aku masih solo..well, dah takdir sebegitu bukan...dan aku harap bebenor le aku dapat tukar balik kedah...tak syok dah dok sini sejak putus cinta nih,.hehehe, ayat alasan je tu..serioulsy, mungkin putus cinta ni satu tanda agar aku balik kedah..dulu mampos aku tak nak balik selagi tak habis belajar..sekrg gedik lak nak balik..so, doa2 dapat la aku balik kedah kali ni..AMIN

Sunday, October 27, 2013

adakah aku bodoh?

okey, hari ni sambil relaks kejap dri fokus pada assgment, aku pun blogwalking...ada jumpa site2 yg syok utk dibaca..kemudian, ada seorg tu merasakan dia bodoh kerana masih merindui exnya yg kemungkinan besar tak ingat pun dirinya..so, aku pn tertanya la jugak..sebabnya aku masih dok rindu, ingat kat dia..adakah aku bodoh rindu, ingat dia sedangkan dia langsung tak rindu dan ingat kat aku...
tapi apa yang boleh aku buat...perasaan ini bukannya mudah untuk dikawal...kalau hati kata rindu, rindu la..tak boleh kata benci, meluat..jadi, tak salah la kalau kita masih rindukan ex kita tu..jgn paksa diri nak lupakan dia, nanti bertambah teruk kita rasa....baik kita biar je perasaan ni..lambat-laun kita akan dapat biasakan diri jugak dgn ketiadaan dirinya tu..macam sekarang, aku lbh relaks dari memula break up dulu..bila pk balik, bodoh plak aku beria menangis..bukannya dia tahu pun yg aku frust bagai nak rak..hehehe..well, life must go on, right..so, teruskan merindui dia kalau hanya itu yg termampu kita buat..

Thursday, October 24, 2013

Yang Terakhir

Aku tak ingin menjadi yang PERTAMA....
Kerana akan ada yang KEDUA dan KETIGA........
Tapi jadikanlah aku
Yang terakhir
Dalam hidupmu..........
Kerana bagiku
Engkau yang TERAKHIR..
Dalam hidupku

aku jumpa kata-kata ini di internet...dan tiga rangkap akhir tu aku tambah sendiri...buat masa ini dia masih dihati aku dan aku tak pasti jika dia yang terakhir...tapi yg pasti, selagi aku tidak temui sesiapa, kemungkinan dia yang terakhir aku cintai dalam hidupku ini