Wednesday, August 21, 2013

setia menanti dan mengharap



okey ke kalo aku antar mesej ni kat dia? Gila! tak mau la aku..nanti dia kata aku meroyan pulak...dah la aku yang putuskan, kemudian nak tunggu dia pulak...tapi macam aku kata dulu, aku lepaskan dia kerana aku tak nak dia terseret dalam masalah keluarga aku yang takkan settle-settle tu...dia berhak mendapat pasangan hidup yang dari keluarga baik2, tiada problem seperti famili aku...aku tak kisah kalo kami berkawan biasa sebab aku senang dengan dia..tapi dia bo layan aku..dan aku masih ingat yg dia pernah cite pasal seorang janda yang hendak berkawan dengannya..dia tak layan sebab tak suka..jadi, dia bo layan aku sebab dia dah tak suka aku lagi wpn sebagai kawan biasa..sedaih la plak bila pk macam ni sebab aku tak kisah berkawan dengan dia asalkan kami tetap brhubung...sekurangnya terubat jugak rasa rindu ni pada dia..

sampai sekarang, saat aku sedang menaip ni, aku masih menanti keajaiaban...mana la tahu, jodoh kami kuat..ALLAH bukakan pintu hatinya untuk hubungi aku semula...aku takkan berhenti menanti dia dan takkan berhenti berdoa kami dapat bersama kalo itu takdirnya...tapi dia takkan tahu semua ini, kan..kerana dia sudah buang aku dari hatinya.....

Tiada kekesalan




pada mulanya, aku rasa kesal kerana membuka hati untuk menerimanya..kenapalah aku bodoh sangat berikan nombor tepon dan berkenalan dengan dia..kalau buat tak tau je mesti aku tak luka sebegini mendalam bila kami berpisah..bulan pertama berpisah, aku asyik kutuk diri sendiri bodoh...bodoh...bodoh....menyesal sesgt le masa tu sbb terima niatnya untuk berkawan....lama-kelamaan, aku mulai sedar..sudah takdir hubungan kami tidak kekal..buat apa aku kesalkan..sekurangnya aku merasa la jugak pengalaman pergi dating, hehehe....ada la jugak kenangan yang menyeronokkan sepanjang perkenalan kami yang singkat itu..so, aku jadi lapang dada selepas pk macam tu....dia berikan kenangan terindah untuk aku yang tak pernah berkawan dengan lelaki ini...mungkin selepas ini pun aku takkan alami lagi pengalaman yang sama kecualilah aku berkawin...kesimpulannya, tiada kekesalan bagi aku kerana mengenali dirinya yang masih aku sayangi dengan sepenuh jiwa itu......

Monday, August 19, 2013

Sebab awak.........



Kerana dia, aku kenal erti cemburu, rindu dan juga cinta...semua perkataan ini tidak pernah wujud dalam kamus hidup aku dulu..tapi sebaik hatiku dihuninya, aku mulai merasa semua ini...dia ajari aku untuk menjadi seorang wanita yang berperasaan...terima kasih, abang...walaupun kita tidak dapat bersama, sayang rasa bertuah kerana mengenali abang.......abang telah sedarkan sayang yang sayang juga perlukan kasih seorang lelaki dalam hidup sayang....sayang takkan mampu untuk hadapi segalanya bersendirian lagi..sayang perlukan seseorang seperti abang dalam hidup sayang.....tapi biarlah takdir tentukan...sekiranya jodoh antara kita kuat, kita pasti akan bersua dan bersama akhirnya...ini yang sayang doakan setiap hari, menanti abang memaafkan diri ini.....

Masih menyintai

aku semakin menyayanginya..bodoh kan....buat apa la aku kisahkan dia lagi sedangkan sudah berbulan kami berpisah...tapi aku sudah tak dapat berbuat apa lagi...ini soal hati...setiap detik aku ingati dirinya, ingati suaranya.....my feeling never change, more deeper every day...I Still Love Him!

rindu itu tandanya sayang.........

rindu aku menandakan aku sayangkan dia...dengan sepenuh hati......

tiada kata.......



tiada kata dapat gambarkan betapa aku rindukan dia..semakin hari semakin rindu....sesia azam aku untuk lupakan dia selepas Ramadan berakhir...masih lagi ingatkan dia, rindukan dia....Zawawi, if you knew how much i miss you, love you..will we be together again?

Saturday, August 10, 2013

SALAM SYAWAL

Akhirnya...Ramadan berlalu dan Syawal menjelma..sesungguhnya aku berasa sayu ketika ini...dalam kemeriahan Syawal, aku tidak dapat elak dari fikirkan dia..sihatkah dia? balik tak dia beraya? semoga Syawalnya lebih bahagia dari aku...aku tak pernah doakan yang buruk untuknya, hanya yang terbaik  kerana kebahagiaannya kebahagiaanku..