Wednesday, July 31, 2013

kebahagianmu kebahagiaanku



Sejak hari pertama kami berkenalan, aku tidak pernah rasa tenang...aku sentiasa fikirkan yg kami akan berpisah jua satu hari nanti...dan aku sentiasa mencari jalan agar dia menjauhi aku kerana aku rasa seperti tidak layak berada di sampingnya..keadaan keluarga buatkan aku rasa rendah diri dengan mana2 lelaki dan aku paling takut jika mereka kesal suatu hari nanti kerana memilih aku sebagai suri..sebab itu aku ujar kata putus dengan mudah spy dia berputus asa dgn aku..dan akhirnya permintaan aku menjadi nyata...pedihnya masih terasa tapi aku redha...sekurangnya aku gembira kerana dapat juga mengecapi manisnya alam percintaan..

Tuesday, July 30, 2013

hati aku cuma ada satu nama

sehingga kini hati aku masih hanya ada satu nama..yang ada huruf Z selepas M...ZAWAWI

pertama kali bertemu.........



Aku bukannya romantik, jauh sekali berfeeling2...bila pertama kali berjumpa, aku masih anggap dia hanya kawan biasa...tapi lama-kelamaan, aku mula sedar perasaan aku sudah berubah...aku semakin merasakan dia sebahagian dari hidup aku..sehari tidak mendengar khabar darinya, aku jadi resah..aku tertanya sihatkah dia, okeykah dia? bila dia hantar berita, hanya ALLAH yang tahu betapa leganya hati aku..dia selamat dan sihat...sedar tak sedar, dia menjadi insan terpenting dalam hatiku..

aku pergi demi kebaikan dia

bila baca kata-kata ini, aku jadi tenang...sebabnya aku undur diri kerana fikirkan kebaikan dirinya seperti yg aku coret sebelum ini..memang dia tiada meminta aku pergi tapi aku fahami sendiri bila dirinya berdiam...aku faham dan pergi kerana aku terlalu menyintai dirinya sampaikan aku rasa sakit hati...dan cinta itu takkan padam buat masa ini....

Sunday, July 28, 2013

belajar melepaskan orang yg kita sayangi.........

melepaskan orang yang kita sayang memang susah...tanya le sesapa pn..tiada yg sanggup melepaskan org yg dicintai..kalo dalam drama korea, sanggup berbuat apa saja asalkan dapat bersama org yng mrk suka..tapi adakah tindakan itu betul?

keputusan yang paling sukar untuk aku buat ialah melepaskan dia pergi...sebenarnya bagus jgk kami berkrisis...aku mempunyai masa untuk berfikir apa yg terbaik utk kami...aku rasa tidak adil untuk dia menanggung beban keluarga aku nanti..walaupun dia kata tak kisah, tapi aku tidak sanggup untuk susahkan dia, tidak mahu dia juga menerima tempias dikata org, disindir seperti yg aku terima dulu...semua ini tidak perlu dia alami jika kami tidak bersama...ini cara aku untuk melindungi org yang aku sayangi, melepaskan dia pergi...

kemungkinan besar aku tidak akan menemui lelaki yg dapat menerima keadaan keluarga aku...mungkin jugak aku telah melepaskan jodoh aku...tapi aku rasa lega dgn keputusan yang aku buat ini...kita perlu belajar untuk melepaskan orang yang kita sayangi jka itu yang terbaik untuknya...walaupun hati aku terluka yang amat sangat, tapi aku buat demi dia...mungkin jugak dia sedang membenci aku ketika ini..tak apa, aku terima kebenciannya...satu hari nanti dia akan sedar jugak apa yang aku buat ini hanya semata-mata untuk mengelak dia dari mengalami situasi yang sama seperti aku...

letting you go is the hardest decision I ever make..but one day, you will know that there someone whose always love you, and only this way she shown how deep is her love to you....

Wednesday, July 24, 2013

Dear readers............

Readers..........
semua video ini boleh dihayati di YT..semua kredit diberi kepada semua uploader video ini, sy cuma nak sharing je dgn pembaca blog ini..sharing is caring, right......

Tuesday, July 23, 2013

Thursday, July 18, 2013

cinta yang tak padam

aku cintakan kau..sesungguhnya kau adalah yang pertama bertakhta di hati aku..bercinta denganmu bagaikan mimpi sahaja..sehingga sekarang aku seperti tidak percaya yang aku alami juga perasaan yang dipanggil cinta ini..dan aku juga akhirnya merasai pahitnya putus cinta..memang betul kata orang, putus kasih ini menyebabkan kita merana...makan tak lalu, tidur tak lena..setiap masa hanya kau dalam minda aku..

aku berusaha dan berusaha untuk melupakan kau..sesungguhnya aku berusaha! namun aku gagal..kau masih menghuni sangkar hatiku...aku tidak tahu apa lagi yang boleh aku lakukan sekarang ini..semakin kuat aku berusaha untuk melupakan kau, semakin kuat rasa rinduku pada kau...

kau takkan tahu selamanya yang aku menyintai dan sebenarnya masih menanti kau kembali menyayangi aku....aku mengalah bila kau abaikan pesanan aku...nyata kau jelas tidak mahu ada apa2 dengan aku lagi...pedihnya hati bila aku fikirkan kemungkinan ini...tapi aku pasrah kerana sedar salah aku semua ini terjadi..salah aku yang tiada cara untuk perbaikinya...

aku sering teringatkan kisah cinta kita yang singkat itu..setiap kali itu juga air mata aku pasti gugur kerana merindui dirimu...kalaulah kau tahu betapa terseksanya aku di saat ini, adakah kau akan berikan peluang kedua padaku?

cintaku tak pernah padam, Zawawi...sekiranya aku tidak dapat menerima yang lain, bukan kerana aku trauma atau fobia cinta..tapi bagiku hanya kau yang pertama dan yang terakhir bertakhta di sangkar hatiku...

Sunday, July 14, 2013

5 hari Ramadan

Sudah lima hari berpuasa...dan sepanjang bulan ini, aku ingin berubah..perbanyakkan berdoa agar hati aku ini berjaya meluputkan rasa sayang dan rindu padanya..sebab doa orang yang berpuasa mudah dimakbulkan..aku tidak mahu mengharapkan cintanya lagi..cukuplah aku menanti dalam setengah bulan ini..aku perlu tekad lupakan dia dan berusaha untuk bertahan di sini sehinggalah tiba masa untuk aku balik berkhidmat di Kedah..

Wednesday, July 10, 2013

entah la...

Sekarang nie aku rasa aku dah tak rindukan dia sangat..masih ingati dia tp tak le sakit mcm muka2 break dulu...aku pn dah nak give up sebenarnya..berserah je la pada ALLAH..kalo ada jodoh, kami akan bersua balik..tapi kalo tiada, aku perlu terima hakikat perpisahan kami...

aku baru antar mesej ucapkan selamat berpuasa pada fbnya..seperti biasa, tiada feed back..tak terasa pn, malah aku harap dia takkan baca mesej tu dalam masa terdekat ni..biarlah sampai dia dah jumpa someone baru dia sedar mesej aku tu....aku tak nak le dia contact aku disebabkan mesej tu, x ikhlas namanya nak berkawan tu..

aku bg tempoh seminggu pd diri utk tukar nombor tepon....after that, I really will forget my love to him.forever...........

Sunday, July 7, 2013

rindu awak teramat sangat

Ramadan menjelang tidak lama lagi..nampaknya aku bersendiri seperti tahun-tahun yang lalu..tiada orang untuk aku ucapkan selamat berpuasa, tiada orang untuk aku kejutkan sekadar utk memintanya bersahur..Ahh..tiada perubahan apa pn dalam hidup aku untuk tahun 2013 ini..

rinduku masih bertapak..sayangku masih utuh..apa yang aku buat hanya sia-sia...hidup aku semakin tidak bercahaya...rasa macam hendak aku pergi ke satu tempat membawa diri..mungkin masa cuti sekolah nnt aku akan pergi mana-mana untuk tenangkan diri..mencari semangat aku yang semakin kendur...

zawawi, sayang rindu abang..........teramat sangat sampaikan rasa sakit..

letih...

Hakikatnya sekarang minda n fizikal aku letih, terlalu letih..tak sangka plak penyakit rindu ni boleh buatkan kita tak bermaya, tiada semangat...hai, kalo begini gayanya aku kena cepat2 mtk balik Kedah..selagi di perak, penyakit aku takkan sembuh selamanya...

dua hari sebelum ni, aku pernah terfikir nak antar mesej padanya...ye la, ramadan semakin dekat..aku patut ucap selamat berposa ke, apa ke..yg plg ptg aku nak mtk maaf krn ada satu lagi rahsia yg aku tak bgtau padanya..mgkin kalo aku bgtau, dia akan lebih faham kenapa larangan itu perlu dipatuhi...cuma, aku rasakan rahsia itu hanya boleh diberitahu sekiranya kami ada pertalian yang sah..selagi tiada, tak boleh diberitahu..

kalo aku ada keberanian, ini la agaknya bunyi mesej tu..

sebenarnya, saya minta putus bukan kerana saya tak suka awak atau saya ada orang lain tp krn saya rasakan awak mcm tk dpt terima cara famili saya..kalo kita bertunang, lg banyak perkara yg perlu awak ikut..dan saya tak nak awak rasa susah sepanjang kita bersama..sebenarnya pantang-larang tu ada kaitan dgn satu rahsia yg saya belum bgtau awk lagi..tapi x de gunanya saya cakapkan lagi sbb kita pn dah tiada apa2 hubungan...dan juga sy nak minta maaf..masa kita berkawn, ada la juga sy menipu skit2..ditanya okey, sy jawab okey...hakikatnya x okey, sangat..sangat x okey..i still love you, everyday i love you..dan sy tipu bila kata tak apa kalo kita tak menjadi..life must go on..yeah right...saya takkan mampu untuk terima lelaki lain lagi..saya hanya sayang, cintakan awak seorang..dan perasaan itu takkan mudah untuk diubah...tapi saya doa awak akan jumpa seseorang yg dapat membahagiakan awak..kalo awak bahagia, saya juga bahagia..terima kasih, sayang..untuk kasihmu yang dulu.........

Tuesday, July 2, 2013

kegembiraan?

aku telah membuat sesuatu yg aku sendiri tidak jangkakan...aku telah send mesej ke inbox fbnya..wakakaka...teruk tul la aku ni...pandai2 putuskan, skrg nak antar mesej lak..tp sebagai kawan, apa salahnya..dia masih tak reply, mungkin tak sudi agaknya...lepas ni aku akan tukar no phone, nak beralih angin skit..lgpn aku tak nak orang gatal tu call aku lg wpun dia dah lama x kacau aku..aku rasakan menukar no phone adalah satu perubahan yg perlu aku lakukan...mungkin kerinduan aku dapat dihentikan sbb tiada lagi cara utk aku atau dia berhubung..melalui fb hanya kalo dia membalas..kalo , setakat itu saja perkenalan kami...

haa...tak sabar nak tunggu bulan sembilan, nak mtk tukar balik kedah..tahun ini, perak hanya tinggalkan kenangan pahit pada aku..tiada yg gembirakan aku...sepanjang tahun ini aku tak gembira langsung kecuali spjg berkawan dgn dia la..tp sejak berpisah, kegembiraan itu terus hilang..aku perlu pergi dari sini kalau aku ingin merasai apa itu kegembiraan...

Monday, July 1, 2013

Hari tidak selalu cerah...

semalaman aku tak dpt tido..ntah kenapa aku asyik teringatkan dia..tetiba je aku jadi rindu yg teramat sangat pada dia...tak tahu la kenapa ALLAH menduga aku sehebat ini..kalo betul dia bukan jodoh aku, kenapa masih wujud kerinduan di hati aku ni..puas aku berdoa, merayu pada ALLAH agar padamkan segala ingatan, kasih ku padanya..tapi lain pula jadinya..semakin kuat aku mengingati dan merinduinya...

puas sudah aku menitiskan air mata deminya...rasa bodoh pula bila fikirkan aku menangis demi lelaki yg takkan menjadi milik aku..tapi aku jugak wanita biasa, ada hati dan perasaan yg selembut sutera walaupun luaran aku kasar...aku berusaha berpura depan orang demi utk melindungi diri dari terlalu bersedih.bila bersendiri begini, baru lah aku lepaskan segalanya..menangis demi merinduinya.....

sekarang ada seseorang yang berusaha utk memikat aku..aku tidak mampu untuk terima dia kerana hati aku masih terisi dgn kasih kepada mr Z..kasihan dia, masih mengharap aku akan berubah hati..pangggilan dear, my one and only tidak langsung mengusik hati kecilku...tidak seperti panggilan sayang olehnya yg mampu buat aku terasa disayangi, dimiliki...bila fikirkan aku takkan mendengar panggilan sayang darinya, aku rasa kehilangan yang teramat..aku rindukan suaranya, panggilan sayang darinya...

kalaulah satu hari dia sudi telefon aku, aku pasti akan menangis...hanya ALLAh yang tahu betapa aku ingin disayanginya semula..