Sunday, September 29, 2013

apa nak buat.......

bebaru ni aku kenai dgn seorg saudara kawan aku..sembang punya sembang, keluaq la cite pasal jodoh..kawan aku selamba je srh makcik tu carikan jodoh utk aku..aku plak secara bergurau bgtau nak org kedah, senang nak balik raya...makcik tu bgtau kawan menantunya ada yg sedang mencari calon isteri, dri kedah gak..kawna aku srh la makcik tu kenaikan..aku bt x tau ja sbb anggap itu gurauan..

beberapa hari kemudian, aku jumpa makcik tu depan bank..dia pandang aku atas bawah. aku tanya la, nape pandang aku mcm tu...dia bgtau ada org nak kenai....atoi!! aku cuma gelak je, x tau nak cakap apa...makcik tu bgtau la serba sedikit psl lelaki tu, kemudian mtk gambar aku...aku kata la, kalo nak gambar tak leh sbb kali terakhir aku bg gambar, hubungan kami putus...sebab tu aku jd percaya dgn pantang larang famili aku...kalo dia betul nak kenal, blh je mai sek aku..intai dr jauh... makcik tu kata nak cuba aturkan kami utk berjumpa di umah dia spy x kekok..aku cuma senyum je la, sbb segan giler masa tu...

sabtu bebaru ni, suami makcik tu meninggal dunia...terkejut aku dibuatnya sbb baru jumpa rabu minggu lepas..so, hari ni aku p umah dia menziarah..bila dgr dia cite psl suaminya, aku tahu betapa mendalamnya kasih sayang mereka...aku berdoa agar aku juga temui cinta seperti itu...

malam ni aku berfikir...mampukah aku terima lelaki yg makcik tu cuba kenalkan nanti? sebabnya aku masih menyintai B aku tu...dan bila sebut hal demam n cuaca panas, aku terus teringatkan B..di Lumut mesti lg panas..dia tu plak mudah jgk x sihat..nak tanya khabar, no tepon dia dah hilang sbb sim card lama aku dah x guna...aku pn ngok ngek gak sbb x simpan no dia dlm device, huhuhu... tgk, aku blh risaukan B sedangkan kami dah lama putus...so, mcm mana aku nak terima lelaki lain..HOW!!!!

Sunday, September 22, 2013

mesej rekaan

A'kum...........sayang rasa down la sbb kalah...rasa macam x berbaloi je rasa letih melatih bebdk tue...bkn senang nak p negeri, lebur je semuanya...pastu kan org ppd tak mention lsg nama sek ayang..dia cuma mention nama sek yang menang je..bebdk ayang pn letih gak berlatih..rasanya thn dpn ayang tak nak masuk kalo ada pertandingan lg..cukup la thn ni ayang pulun, x mo da..pastu kan, kelas sabtu yg ayang tak p tu kemungkinan nak kena drop..lec marah sbb x p kelas...sbb tue ayang rasa lg x berbaloi ayang p pertandingan tu..
B, doakan ayang kuat semangat semula ye..love you, B.

Saturday, September 21, 2013

mesej rekaan

A'kum....sek ayang kalah dalam action song..huhuhu......tapi x kisah la kan asalkan dpt p peringkat negeri...kelas ayang dah mula balik..sem ni ayang ambik 4 subjek tp rasanya x terdaya kot...ayang akan drop satu paper, mungkin paper kul8 pagi tu...x larat le nak bgn pagi lepas balik lewat malam ari jumaat...asignment pn byk sem ni, x tau la ayang dapat kekalkan pointer ke tak..B doakan ayang, kay...ayang teringin la nak B tengok ayang pakai topi bulat nnt...doakan ayang..

Wednesday, September 18, 2013

dialog rekaan 3

aku  : sekolah ayang menang action song, dapat johan ..kena p gopeng sabtu ni..
dia   : bagus la..tahniah..
aku  : tapi tak mo p, penat la..
dia   : aik, dah menang pn tak nak p...abis tu sbb apa masuk bertanding
aku  : saja, nak meriahkan suasana..
dia   : alasan paling tak logik..
aku  : hehhe.....

Tuesday, September 17, 2013

hidup ini singkat.....

Bebaru ni, kakak abang ipar aku meninggal dunia sebab penyakit kencing manisnya...masih muda, dalam lingkungan 40-an....dia tinggalkan tiga anak perempuan dan sedikit harta.. aku yang kebetulan berada di Tepeng terus pecut balik sekejap ke Sik..lagipun, perak cuti sampai Isnin sempena Hari Malaysia...

sayu aku bila Zatil, anak bongsunya yang dijaga kakak aku menangis bila jenazah dibawa masuk van..aku hanya mampu pujuk je..masa tu aku pk betapa pendek usia arwah...kalo tak kerana penyakit tu, dia masih hidup untuk beberapa tahun lagi..

OTW balik ke perak, aku asyik berfikir soal hidup dan mati...kalo ALLAh hendak memanggil, tidak kira masa dan usia..bila2 je kita pergi menghadap-NYA...seharusnya kita hargai masa yang ALLAH beri kepada kita untuk bernafas di bumi ni....buat apa yang perlu agar jangan ada kekesalan..sebab itu aku hampir2 hendak send mesej kat dia untuk beritahu yang aku masih menyayangi dia....aku takut, sekiranya ALLAH memanggil, aku tidak sempat untuk beritahu dia perasaan aku yang sebenarnya...tidak sempat nak cakap yang aku sangat...sangat..sangat sayangkan dia...

tapi aku hanya berfikir dalam otak je la, x buat pun...rasa macam tak patut, tak sesuai kerana mungkin dia sudah temui orang lain sekarang ini..tak nak la kerana mesej bodoh aku tu hidupnya terganggu..tak pa, biarlah aku luahkan di blog ni je...sama jugak kan..sama ke?


dialog rekaan 2

aku : Abang, esk ada pertandingan action song...kelas ayang kena p peringkat daerah..
dia : Okey la tu, berapa sekolah yang masuk
aku : Tiga ja....
dia : ada can le tu nak menang..
aku : x mo menang....nak nombor dua ja..'
dia : awat tak nak menang...
aku : kalo menang kena p peringkat negeri..x larat nak p Ipoh, malas..nombor dua jadi le..
dia : pulak...ada ka macam tu...
aku : heheheh....................

Monday, September 9, 2013

TLDM HEBAT...........

Okey, malam ini tv3 tetiba je siarkan cite yang ada kaitan dengan TLDM....aku dah macam blur...sebabnya setiap kali aku nekad nak lupakan dia, ada saja kebetulan yang tercipta...aku tengok je la sbb dah x de cite lain nak layan....best nak full of info( bagi org yang bakal kawin dgn anggota TLDM le, hehehe)...kesian bile kena p belayar after a month berkawin...tabah tul wife dia...mak dia punya nasihat, bila kita kawin dgn seorang anggota TLDM, kita jugak kena terima kariernya...

Ini buat aku terpk...kalo kami ada jodoh, adakah aku akan terima dengan mudah kalo dia kena p belayar untuk dua tiga bulan...hmmm, sebenarnya 50/50....mungkin ya dan mungkin tidak...tapi aku dah bersedia untuk terima kesibukan kejanya jika kami ada jodoh...masa kami berkawan pn, dia tengah sibuk dan kekadang tidak hubungi aku..aku x kisah, malah berbangga kerana dia bekerja demi negara..besar pahala tu....selalu gak le aku cakap macam ni kat dia kerana aku nak dia tahu yang keja dia tu mulia...w/pn setakat kelulusan SPM, tapi lebih hebat dari orang yang keja jawatan tinggi...sebabnya TLDM dan angkatan tentera yang lain adalah keja yang melibatkan nyawa...tanpa mereka, tak mungkin aman Malaysia ni..dan tak mungkin jugak le ada jawatan2 tinggi yang dipegang tue..so, jangan la kita rasa diri kita hebat dengan keja kita sekarang nih...sebabnya TENTERA lebih hebat, especially TLDM le..kihkihkih....

Saturday, September 7, 2013

dialog rekaan

rasanya macam lama lak aku x jengah blog yg dah mcm diari aku nih..mungkin sebab rasa rindu tu dah makin berkurang...bohong le kalo aku kata x rindu langsung...perasaan tu tetap ada, kekadang teringat je kat dia....tapi dah boleh control skit...

so, ari ni aku tetiba terpk kalo kami masih berkawan mst banyak benda aku akan kongsi dgn dia...sebabnya byk plak perkara yang berlaku kat aku semenjak dua menjak ni..memandangkan aku dah x leh send msg kat dia, jadi aku akan luahkan kat sini...dialog ni cuma rekaan aku ja, x real..sekadar anggapan aku semata-mata..

aku : abang, result exam dah nak keluar...takut le..
dia : takut apa nye...mesti lulus la..
aku : kalo x lulus, x nak sambung belajar...
dia : jangan cakap macam tu...tunggu le result keluar dulu, baru pk nak sambung ke tak..
aku : oki doki....kalo lulus, nak hadiah..
dia : hadiah apa?
aku : ipad apple..
dia : woo..mahal, kopak duit abang...
aku : hehehehe.................


Sunday, September 1, 2013

saya rindu awak

aku rajin tinjau2 fb yg mempunyai kata2 yang boleh aku paparkan di blog aku ini..bukan ciplak, cuma meluahkan perasaan terpendam aku pada si dia...ye la, aku bukannya boleh antar mesej kat dia, jadi hanya dengan blog ini saja la aku boleh catatkan apa saja yang aku mahu khas untuknya...bila pk balik, rasa nak tergelak pun ada....sebabnya tuan punya badan tu takkan baca langsung apa yang aku coret kat sini...tapi x pe la, asalkan boleh kurangkan rasa rindu aku ni padanya....

bebalik pasal fb tadi, ada satu kata yang buat aku terkedu sekejap...macam ni ye...

"saya rindu awak"
sakit kan bila kita dah taip perkataan ni, tapi tak mampu nak hantar text ni kat si dia sebab kita sedar yang dia dah pun bahagia tanpa kita 

Ha...tak terkedu ko...aku nak je antar mesej ni setiap hari sejak kami clash..tapi setiap kali itu jugak aku batalkan niat aku bila pkkan tindakan aku itu hanya akan buat dia menyampah...mesti la menyampah bila org yang mintak putus, antar mesej feeling macam ni...kalo aku pun aku menyampah..sedih tu jangan kata la bila aku hanya mampu delete je mesej tu....so, nak hilangkan rasa rindu tu la aku wujudkan blog ini...dalam hati ada taman..cintaku hanya untuknya...Zawawi