Sunday, September 1, 2013

saya rindu awak

aku rajin tinjau2 fb yg mempunyai kata2 yang boleh aku paparkan di blog aku ini..bukan ciplak, cuma meluahkan perasaan terpendam aku pada si dia...ye la, aku bukannya boleh antar mesej kat dia, jadi hanya dengan blog ini saja la aku boleh catatkan apa saja yang aku mahu khas untuknya...bila pk balik, rasa nak tergelak pun ada....sebabnya tuan punya badan tu takkan baca langsung apa yang aku coret kat sini...tapi x pe la, asalkan boleh kurangkan rasa rindu aku ni padanya....

bebalik pasal fb tadi, ada satu kata yang buat aku terkedu sekejap...macam ni ye...

"saya rindu awak"
sakit kan bila kita dah taip perkataan ni, tapi tak mampu nak hantar text ni kat si dia sebab kita sedar yang dia dah pun bahagia tanpa kita 

Ha...tak terkedu ko...aku nak je antar mesej ni setiap hari sejak kami clash..tapi setiap kali itu jugak aku batalkan niat aku bila pkkan tindakan aku itu hanya akan buat dia menyampah...mesti la menyampah bila org yang mintak putus, antar mesej feeling macam ni...kalo aku pun aku menyampah..sedih tu jangan kata la bila aku hanya mampu delete je mesej tu....so, nak hilangkan rasa rindu tu la aku wujudkan blog ini...dalam hati ada taman..cintaku hanya untuknya...Zawawi

No comments:

Post a Comment