Saturday, June 29, 2013

tak de jodoh

apa la yg aku buat ni? mencipta blog nie semata utk luahkan rasa rindu pd seorg lelaki yg jelas sudah lupakan aku...ini yg asyik berlegar di minda aku kebelakangan ini....aku rasa mcm aku sdg buat benda yg sia-sia..bukannya dia akan tahu apa yg aku coret kat sini...ntah2 dia dah jumpa org baru sbb tue dia x kwn dgn aku lg..bila fikirkan kemungkinan nie, sedih la jugak rasanya..sebab rasa mcm aku ni cuma singgah sekejap je kat hati dia, lepas tu dgn mudah dia buang aku..huhuhu...

aku takkan continue rentetan kisah kami..biarlah aku pendam saja..cuma yg pasti, mak, ayah n famili mmg menerima dia dgn hati terbuka..bayangkan, mak yg paling x terima bila tahu, siap mencari org tengah untuk jadi wakil nnt..aku terkezut bila adik aku bgtau...n ayah yg sprt mak, juga siap merangka wang hantaran yg sesuai agar tidak terlalau mahal, tidak terlalu murah..yg akak, siap beli tudung utk hari pertunangan aku..

YA ALLAH! bayangkan betapa susah utk aku bgtau yg kami tak de apa2 lagi..aku diam, cb cari jalan utk bgtau bila ayah hantar mak balik kedah utk pilihanraya..mak nk tggu situ sampai bulan 6( itu rancangan asal kami)..bila aku tau, aku terpaksa cakap..tapi aku terpaksa berhati2 sbb tak nak mak n ayah salah sangka..itupn mak rasa mcm dia mainkan aku..

'Tak, mak..dia baik, baik sgt..kami sibuk sangat, x leh nak rancang apa lagi..biarlah, ada jodoh, adalah..'

lebih kurang mcm itu kata aku....mak pn setuju, ada jodoh, tak ke mana..

sebenarnya, mak dah boleh terima kalo kami bertunang dan kawin dalam tahun ni jugak..sebelum ni mak halang sbb takut studies aku terganggu..tapi adik banyak membantu untuk ubah fikiran mak dan ayah..begitu jugak akak dan abang ipar..hakikatnya, halangan yg wujud masa kami mula berkawan sudah tiada lagi..semuanya berjln lancar dan hanya menanti dia masuk je..

tapi itu la, orang kata...bila x de jodoh...aku alaminya kini...


Wednesday, June 26, 2013

Alahai........

aku buat satu tekad..aku nak berhenti berpk ttg dia..tahu apa yg berlaku? aku asyik bertembung dgn keta yang sebijik macam dia...saga fl biru, huhuhu...mmg le ramai yg beli keta ni, tp tak le sekerap aku bertembung dengannya sprt ari ni..tiga kali dalam masa yg singkat aku asyik nampak keta ni..adoi..lepas tue, yg buatkan aku lebih tensen adalah aku terbca satu kisah di fb..ttg seorg lelaki yg membelanja seorg tua makan..org tua tu berbau dan lusuh pakaiannya tp lelaki tu tak peduli..masa nak bayar, duit dia cuma ada rm5 je..org tua tu terus bagi dompet dan ada banyak duit kat dalam tu..tp bkn ini yg aku nak citekan..lelaki tu jumpa kad pengenalan orang tua tue..and guess what..orang tua tue bekas tentera laut..ADOI!!!

masa tu aku tergelak, gelengkan kepala..terpk kenapa semakin aku nak lupakan dia semakin ALLAH berikan kebetulan..kalo betullah dia jodoh yg terbaik utk agama aku, diri aku dan keluarga aku, semoga hatinya terbuka utk hubungi dan menerima aku semula..dan secara kesimpulannya, skrg nie aku teringatkan dia semula....ADOI!!!!

Tuesday, June 25, 2013

jerebu

ari ni jerebu teruk skit, dah cecah 300 lebih bacaannya..ingatkan dpt cuti tp lps tu bacaan menurun..so, x de le cuti....bila tgk berita, aku x dpt elak dari lihat bacaan kat tempat dia, Seri Manjung..mmg lebih teruk dari tempat aku..masa ni aku teringin sangat nak antar mesej, tanya khabar dia..okey ke dia dalam keadaan jerebu teruk begini..tapi aku x antar sebab kami dah tiada apa-apa...aku tak nak ganggu hidupnya yg tenang, mungkin bersama dgn seseorg sekarang ni..buat apa aku kacau daun lagi....dari jauh aku doa agar dia sihat, tiada masalah dalam kerjanya dan kehidupannya..satu hari aku akan tukar nombor tepon..masa itu aku akan antar mesej buat kali terakhir, sampaikan doa aku padanya..dan ucapan terima kasih kerana sudi berkawan dgn aku walaupun dalam masa yang singkat...aku hargai apa yang kami kongsi sepanjang berkawan...bagi aku tiada buruk dalam hubungan kami, cuma ada KENANGAN TERINDAH.....

Sunday, June 23, 2013

dua minggu tanpamu

ari nie sdh mask dua minggu kami x brhbg....tiada lg msej darinya..aku rasa ada baiknya aku delete nombornya dari memori tepon aku..dgn itu aku mgkin akan kurang merinduinya..buat masa ini hati aku sudah tawar utk menerima mana2 lelaki...dia yg pertama aku sayang dan susah untuk aku luputkan perasaan ini...

dlm fbnya, ada yg tanya nape dia solo lagi..jwbnya tak de yg nakkan dia..aku mcm nak balas je, ada yg sedang menantinya tp dia yg tak sedar..kekdg aku berharap la jgk dia dapat baca coretan dalam blog ini, tahu yg aku masih sayangkan dia, menantinya..takkan kerana hal kecil tue dia x dpt maafkan aku..tp semua itu mustahil, bukan..macam aku kata, dia sibuk dgn keja, x brpa gemar melayari internet kecuali fb..mana mungkin dia temui blog aku ini, tempat aku curahkan kerinduan, rasa cintaku padanya..

kenapa aku cipta blog nie?kenapa x ckp direct je kat dia apa yg aku tulis di sini?jawapannya, aku sudah tidak dapat bendung rasa rindu di hati aku nie..nak luahkan pada kekwn, aku x sanggup..aku tak nak dituduh giler bayang..sbb itu aku jadikan blog ini medan luah perasaan, diari hatiku..ttg nak berterus-terang tue, oh tidak...kasar pn aku masih ada rasa segan, malu yg menebal..masa berkwn dulu pn dia asyik desak aku cakap yg aku sayang, rindukan dia..aku x mampu nak cakap...mgkin sebab itu jgk dia rasa aku tak hargai dirinya sdgkan dia sering tuturkan kata rindu, sayang dkt aku..

kalo abang baca, hakikatnya.......
saya sayang abang..tidak sehari pn rasa sayang itu berkurang..semakin hari semakin bertambah rasa sayang itu...hanya ALLAH tahu, betapa saya sayangkan abang..dan setiap detik, ingatan saya hanya penuh dengan abang..memori kita berjumpa kali pertama, first date akan terpahat di minda ini selagi rasa sayang ini tidak terhapus...terima kasih kerana ajarkan erti cinta...

Friday, June 21, 2013

kata-kata azimat..khas utk wanita seperti aku

Perempuan cepat sayang
Perempuan cepat rindu
Perempuan cepat cemburu
Perempuan cepat sedih
Perempuan cepat merajuk
Perempuan cepat marah
Perempuan cepat senyum

Tapi

Perempuan tidak cepat melupakan orang yang dia sayang..kan?

Hari ni, aku jenguk fb dia, saja nak tau apa aktivitinya yg latest...x de, mgkin dia sibuk keja kot..tgh surf, perasan dia jadi satu ahli di kelab fb ni..dan kata2 nie aku ambik dari fb tu. tepat sekali..aku antara wanita yg takkan lupakan orang yg disayangi semudah itu..mungkin selagi aku tidak bergelar isteri, aku akan merindui, mengingatinya...Misz U so much, my love..mr Z...

sambungan....

rentetan dari panggilan tue, aku ingatkan dia takkan teruskan niatnya untuk berkawan dgn aku..dia antar mesej dan aku beranikan diri untuk baca...katanya, dia simpati dgn apa yang berlaku pada famili aku..dan dia seolah faham apa yg aku alami..dimintanya aku jawab panggilan jika dia hubungi nnt.. aku rasa x baik plak kalo abaikan..jadi bila dia call, aku jawab..perbualan kami lama, banyak hal kami bualkan dan masa ini dia mula bahasakan diri abang..aku plak dgn selamba tanya, siapa abang?..dia ketawa! rasa macam bodoh plak sbb aku terlalu naif la plak..aku tanya, nak panggil dia abang ke? dia kata ikut suka aku..Hmm, tiada paksaan di situ, x mcm lelaki yg pernah aku kenal dulu...siap suruh aku panggil abang sebagai tanda hormat..jd aku panggil la dia abang..mulanya kekok tp akhirnya aku rasa rapat dengannya..

setiap hari kami bermesej, dan ada masa dia call...aku tak lama di kedah dan perlu balik ke perak..memdgkan mak n ayah bkn jenis yg open minded, aku bgtau yg ada baiknya kami jrg berhbg..nnt mak akn syak yg bkn2...malam seblm balik, dia call sebaik balik dari keja..aku dah ngantuk giler masa tu tp jwb la jgk call untuk jaga perasaannya..lgpn, dalam letih dia sudi gak nak call aku..masa dia cakap, aku dah separuh mamai, dengar tak dengar je..byk kali gak dia kena ulang..aku ingat yg dia tanya pernah tak aku makan ikan bakar..aku kata yg bakar sdr pernah le...kemudian aku dah semakin mamai..

'okey la, tido la..'

aku terus le tido dgn nyenyaknya...esk aku bertolak balik dgn kakak..sedihnya, dia tak kata pun take care ke, bwk keta elok2 ke..kawan aku yg sorang tue ada ucapkan..otw balik, aku br pandai guna earphone jd teruja le skit..siap srh adik call spy aku blh cakap sambil drive..akk cuma jeling je, marah...

sampai kg, aku x ingat...dia ke atau aku mula mesej dulu..masa ni saja aku nak sakat dia, ala2 majuk le sbb dia tak cakap apa masa aku nak bertolak balik..dia kata, 'Dah kata x leh contact..' Waa....biar betul dia ni..takkan le lurus macam tu plak..tp aku yg salah, pesan mcm tu..itu le org kata, perempuan di mulut lain dihati lain...hubungan kami berterusan dari situ

Thursday, June 20, 2013

5 mei 2013

hari ni letih sesgt...bz dgn keja, dgn keja2 sampingan....dalam letih pun aku masih ingatkan dia..kekdg terpk gak sampai bila aku perlu tanggung kerinduan.......macam pungguk rindukan bulan la plak..tapi kan, mesti tertanya siapa mr Z tu...nama dia, kalo x salah la M. Zawawi M. Zain..wah, berani plak aku tulis nama dia di sini ye..sbbnya aku yakin dia takkan dapat cari blog aku ni....sejak kawan dgn dia, aku mula faham tugas seorg navy..respect giler le kat isteri2 navy, dpt bertahan dgn kesibukan suami mereka..dalam bertugas, mereka kena duty..maksudnya, keja dari malam sampai pagi esk..dalam seminggu, mst dia akan duty..bila dia x contact, aku dah fhm yg dia sdg duty..

kalau ditgk balik, nama kami berdekatan dalam turutan huruf ...lepas y jumpa z...aku x perasan hal nie kalo dia x sebut...kemudian satu lagi persamaan..nama aku dgn ayah bermula dgn huruf Y,Yuslina M Yusoff-yy..namanya dgn ayahnya M Zawawi M Zain - zz..sama tapi tak serupa, kan..

berbalik hal keberanian aku tulis namanya di sini..satu lagi aku rasa dia bkn jenis yg suka melayari internet, cari apa saja sekadar untuk isi masa lapang..dia hanya akan buka fb, upload gambar dan main games kat situ..aku tahu nama fbnya tapi aku rasa lebih baik kami x brhubung lagi..dia pn ntah2 dah lupakan aku..cuma aku je yg masih berharap pada cinta yang sudah tiada ini..

masa kami krisis, aku sering dgr lagu Chakra Khan, harus berpisah..bait-bait liriknya buatkan aku terfikir, baik aku yg undur diri dulu..mungkin dia x sanggup nak ucap kata berpisah sbb nak jaga perasaan aku.tapi dari tindak tanduknya aku tahu dia sudah tidak sukakan aku lagi...dari setiap hari bersms, jadi seminggu atau dua minggu sekali..dari setiap mggu bertelefon, lgsg tiada lagi..paling perit bila dia sebut hal berkawan biasa...masa itu aku buat keputusan tak nak bebankan dirinya lagi, tambahan buat apa kami terus berkawan kalo msg2 mcm ada benda terbuku di hati.

aku akui, kekadang aku berkasar dgnnya...bukan niat nak buat mcm tu pn tpi sbb aku bkn jenis feminin..aku kasar, tomboi masa kecik..tambahan secret yg buatkan famili kami dicemuh..lagilah aku kasar demi mempertahankan diri dari terasa bila dikata..aku jgk tak pernah berkwn dgn lelaki, mana tau ayat2 majuk, ayat2 berlemah lembut tu..tapi aku akui, aku seakan berpura sepanjang berkwn dgn dia..cb cakap dgn lembut, tipu x pandai masak..tomboi pn aku pandai masak ye, tp yg simple je la..aku bkn sengaja nak tipu dia, cuma nak tgk adakah dia ni jenis lelaki konservatif yg mahukan isteri tahu segala kerja umah..dia x macam tue, x tau la kalo dia tipu...aku ingat nak berterus terang tapi x smpt dah..dah berpisah pn..

sebenarnya, kami ni tak berbincang dengan baik bila berkrisis..asyik bersms..bebaru ni kawan aku telah sedarkan aku bila aku citekan perihal kami ni...mcm aku yg bersalah sebenarnya, buatkan dia salah faham yg menyebabkan kami berpisah..jadi pengajarannya, baik bercakap directly dr bersms...kalo sms, kita tak tahu nada sebenar org itu..itu yg menyebabkan kita salah faham...

well, semuanya dah terjadi...dia pun x sudi nak dgr suara aku bila aku minta izin nak call..itupn kecikkan ati aku jgk..tarikh 5 Mei 2013 akan aku ingat selamanya...tarikh aku hilang cinta hatiku...Zawawi

Wednesday, June 19, 2013

Rindu cintaku Padamu


jarak yang memisahkan engkau dan aku
Terlukis sebuah rasa berbingkai rindu
Gelisah karenamu, ingin di dekatmu
Suka dan duka bersamamu

Rindu rindu semakin rindu
Cinta cinta semakin cinta
Aku di sini kau di sana

Rindu rindu semakin rindu
Cinta cinta semakin cinta
Rindu cintaku padamu

Berharap esok hari kita bersatu
Menembus dinding waktu, menghalang rasaku
Gelisah karenamu, ingin di dekatmu
Suka dan duka bersamamu

Rindu rindu semakin rindu
Cinta cinta semakin cinta
Aku di sini kau di sana

Rindu rindu semakin rindu
Cinta cinta semakin cinta
Rindu cintaku padamu

Rindu rindu semakin rindu
Cinta cinta semakin cinta
Aku di sini kau di sana

Rindu rindu semakin rindu
Cinta cinta semakin cinta
Rindu cintaku padamu

Rindu rindu semakin rindu (semakin rindu)
Cinta cinta semakin cinta (semakin cinta)
Aku di sini kau di sana

Rindu rindu semakin rindu (semakin rindu)
Cinta cinta semakin cinta (semakin cinta)
Rindu cintaku padamu, rindu cintaku padamu

Akhirnya............

Esoknya aku balik Kedah, kg halaman yg lama x dijenguk..cuma ada kakak dgn abg ipar ja di sini...mereka berdua jadi pengganti mak n ayah yang sekrg dok di Slim River....aku balik sorang sbb adik ada hal lagi....dalam masa ini aku jgk kenal dgn seorang lelaki n kami cuma kawan biasa ja..sbb itu yg terbaek..dengan lelaki ni aku dah cite hal rahsia tu dan memang pn aku x harapkan apa pn..kawan lg baik dari menjadi serius..skrg pn kami dah x berhbg lagi, mgkin dia dah jumpa someone...x kisah la sbb just a friend ja..

aku cite hal mr Z dgn akk n abg ipar..mereka agak gembira sbb aku dah kenal someone, sdgkan sblm ni aku bt dek je bab2 nak kawan dgn lelaki nih...kemudian aku mtk pendpt mereka ttg nak cite psl secret tu....abg kata x yah, biar dah lama kawan br bgtau..akk pula no komen.aku jenuh pk, apa nk buat ni..kemudian dia antar mesej...mulanya tanya khabar dan kemudian.....

'sebenarnya sy tunggu apa yg awak nak ckpkan...'

 lebih kurang mcm ni la mesejnya..terkezut le aku..dah la tgh serba salah nak bgtau ke tak..adoi, tu la..silap aku gak berjanji nak cakap hari tu..berpusing la jugak aku dalam umah mencari idea..akhirnya, aku bt keputusan utk berterus-terang...aku pinjam tepon abg ipar sbb kredit die byk, hehehe..masa aku call, jantung aku berdegup mcm kena serangan sakit jantung..dia tanya la aku pakai tepon sapa..aku bgtau abg ipar punya..

'nanti abg call balik'

masa ni aku tak perasan dia dah mula bahasakan dirinya abang..aku bgtau aku nak cakap jgak masa tu sementara berani...aku mtk dia dgr, jgn kata apa..akhirnya aku bgtau...ini secret, jd aku x leh nk tulis di sini...cuma dia je tahu apa rahsia tu...kami x borak pjg sbb rupanya dia sedang makan..

'Oh, okey.sori..kacau..bye..'

Fuh!lega....akhirnya aku dah cakap apa yg sepatutnya..aku bg balik tepon, pastu bgtau apa yg aku dah buat..akak kata, kalo ada jodoh dia akan terima..aku cuma senyum..tapi dalam hati, aku sebak sesgt..aku rasa mcm dia takkan terima..kalo ikut logik, mana ada lelaki sggp bersama aku utk hadapi secret ni..sbb tu dlm dunia ni aku sgt respect abg ipar aku...dia terima famili kami seadanya dan x pernah cemuh dgn apa yg berlaku..malam itu aku menangis giler...dia call, msj, tapi aku abaikan..aku masih rasa malu dgn dia...aku tido dalam keadaan yg kerunsingan..masa ini aku tak sedar yg dalam hati aku sudah ada taman........

Tuesday, June 18, 2013

mood hari ini.........

Rindu.....
dulu aku tak tahu betapa hebatnya perkataan ni..rindu keluarga tidak seteruk aku merindui dirinya...buka mata saja, aku teringatkan dia..fikir apa yang dia sedang buat, sihatkah dia?adakah dia teringatkan aku seperti aku yang sentiasa ingati dirinya.......mood hari ini, letih bekerja tidak seteruk aku merindui mr Z..

TLDM???

Permulaan yg tidak disangka....

hmm, nak mula dari mana ekk....okey, ingat x rahsia yg aku serba-salah nak bagitau tue..berhari aku cb beranikan diri nak cakap tapi tak terkeluar..rasa macam x sanggup kehilangan dia nanti..aku ingat, masa aku ke rumah adik di bandar T otw nak balik Kedah......masa nie aku bgtau adik yg aku berkenalan dengan mr Z..terkezut adik sbb dia tau kakaknya ni bknnya main benda feeling2 nie..lagi terkezut bila aku bgtau apa keja mr Z...

Adik: Hang biaq betul..TLDM?
aku : Betui la..awatnya.
Adik: Oi, cik kak..dah lupa ke mak x suka org tentera..

aku terdiam. baru teringat mak n ayah mmg x berapa berkenan dgn tentera, ntah apa sebabnya pun aku kureng pasti..bahkan akak aku pernah terpaksa lupakan cinta pertamanya yg jugak keja sbg TLDM..

Adik: Kenapa kawan dgn dia?

aku pun jelaskan reason aku yg tak berapa kukuh tu...sebenarnya, aku sdr x pasti kenapa dgn mudah aku berikan nombor tepon pada mr Z..dan aku tak berapa ingat info dirinya dalam blog tue..cuma aku ingat, aku pernah tanya pada seorang perempuan yang pernah dihubunginya ( dalam blog tue jugak le)..kenapa block dia? dia ada buat salah ke? perempuan tu cakap sebab dia nampak garang..alamak! aku plak tak perhatikan gambonya betui2..tapi hakikatnya, hati aku terbuka untuk berkenalan dgannya tanpa rasa ragu..

adik srh aku cb kawan dulu..kalo betul ada jodoh, mak ayah x kan halang..dia sdr akan bantu aku sekiranya perlu..aku rasa terharu plak dgn adik aku sorang ni..garang pun baik hati jugak..kemudian aku cakap la pasal rahsia gelap famili kami tue..adik kata, baik berterus-terang..takut nnt aku dah feeling abis dkt mr Z, dia pulak tinggalkan aku bila dapat tahu..

malam itu, sebelum maghrib, mr Z call..mulanya berbual mcm biasa..tapi kemudian aku beranikan diri nak bgtau..

aku: A**, sebenarnya ada benda saya nak cakap ni..( ewah, ayat tersusun lak..A** tue nama panggilan dia)
mr Z :Apa dia?

masa tue, aku jadi gabra sesgt...bergetar suara aku..yg bestnya, dia suruh aku tarik/lepas nafas untuk bertenang..nak tergelak pun ada..tp akhirnya aku tak mampu nak luahkan..terlalu berat nak cakap..kemudian dengar azan..aku mengelak dgn alasan untuk solat..dia mulanya nak jgk aku cakap tapi kemudian dia compromise..terlepas, lalala..Adik tengok je aku tapi tak kata apa..dia faham, bkn mudah untuk beritahu orang lain rahsia ini..aku x jadi bgtau dia hari itu tapi janji akan bgtau pada hari lain.......

Monday, June 17, 2013

rahsia

Detik permulaan.........

Ingat lagi saat kami berkenalan...bulan Disember, 2012..detik itu, aku hanya main-main, ingin tahu apa itu cinta...tambahan pulak, tekanan kerja dan suasana yang buatkan aku perlu mencari sesuatu untuk hilangkan bebanan di bahu...melalui satu blog jodoh, kami berkenalan...dalam masa yang sama, aku jugak berkenalan dengan yang lain..kerja bagus2 dan ada harapan untuk jalinkan hubungan yang serius...tapi entah kenapa, hanya dengan dia aku terbuka hati untuk berikan nombor telefon..sedangkan yang lain aku main tarik tali dan tidak mahu berkawan lebih serius..
kali pertama dia call, hanya Tuhan yang tahu betapa berdebarnya hati aku..first time wei, nak berbual dengan lelaki..ye la, memang aku biasa jugak bersembang dgn lelaki tapi selalunya menjurus ke arah soal kerja..mana aku reti bab-bab sembang hal lain..aku sukakan suaranya, macho..boleh pulak kami bersembang lama sedangkan itu kali pertama aku dihubungi lelaki untuk berkenalan...
hari-hari berlalu...aku semakin selesa dengannya..dia pun kedengaran bersungguh untuk berkenalan..tapi aku mula serba-salah...ada sesuatu aku rahsiakan darinya..aku jadi tak ketahuan, tak tahu macam mana nak bagitau...masa tu aku takut dia tak dapat terima..akhirnya....

sambung nanti...........

cinta hatiku, mr Z

Hari ini, hari yang entah ke berapa.....
cintaku pergi....
namun aku masih merinduinya...
setiap saat, setiap waktu....
tak pernah sedetik .......
rinduku padam..
cintaku padam..
hari ini aku cipta blog ini demi mencurahkan rasa hati yang semakin membeban..cinta yang tidak pernah aku luahkan sudah tiada lagi..sukarnya untuk aku singkirkan perasaan ini, melupakan dia yang telah berjaya mengambil hati yang aku kurung selama ini..kekadang aku terfikir, kenapa aku jebakkan diri dengan dunia percintaan ini..selama 34 tahun, aku berjaya melindungi hati ini dari dilukai...hanya atas dasar ingin tahu aku telah bukakan pintu pagar hatiku, biarkan taman tumbuh subur di dalamnya..hasilnya, aku sedang merana kini...merinduinya yang kemungkinan besar sudah singkirkan aku dari sangkar hatinya...bodohkah aku kerana belajar menyayanginya dan akhirnya aku yang setengah mati merinduinya...