Monday, June 17, 2013

rahsia

Detik permulaan.........

Ingat lagi saat kami berkenalan...bulan Disember, 2012..detik itu, aku hanya main-main, ingin tahu apa itu cinta...tambahan pulak, tekanan kerja dan suasana yang buatkan aku perlu mencari sesuatu untuk hilangkan bebanan di bahu...melalui satu blog jodoh, kami berkenalan...dalam masa yang sama, aku jugak berkenalan dengan yang lain..kerja bagus2 dan ada harapan untuk jalinkan hubungan yang serius...tapi entah kenapa, hanya dengan dia aku terbuka hati untuk berikan nombor telefon..sedangkan yang lain aku main tarik tali dan tidak mahu berkawan lebih serius..
kali pertama dia call, hanya Tuhan yang tahu betapa berdebarnya hati aku..first time wei, nak berbual dengan lelaki..ye la, memang aku biasa jugak bersembang dgn lelaki tapi selalunya menjurus ke arah soal kerja..mana aku reti bab-bab sembang hal lain..aku sukakan suaranya, macho..boleh pulak kami bersembang lama sedangkan itu kali pertama aku dihubungi lelaki untuk berkenalan...
hari-hari berlalu...aku semakin selesa dengannya..dia pun kedengaran bersungguh untuk berkenalan..tapi aku mula serba-salah...ada sesuatu aku rahsiakan darinya..aku jadi tak ketahuan, tak tahu macam mana nak bagitau...masa tu aku takut dia tak dapat terima..akhirnya....

sambung nanti...........

No comments:

Post a Comment