Permulaan yg tidak disangka....
hmm, nak mula dari mana ekk....okey, ingat x rahsia yg aku serba-salah nak bagitau tue..berhari aku cb beranikan diri nak cakap tapi tak terkeluar..rasa macam x sanggup kehilangan dia nanti..aku ingat, masa aku ke rumah adik di bandar T otw nak balik Kedah......masa nie aku bgtau adik yg aku berkenalan dengan mr Z..terkezut adik sbb dia tau kakaknya ni bknnya main benda feeling2 nie..lagi terkezut bila aku bgtau apa keja mr Z...
Adik: Hang biaq betul..TLDM?
aku : Betui la..awatnya.
Adik: Oi, cik kak..dah lupa ke mak x suka org tentera..
aku terdiam. baru teringat mak n ayah mmg x berapa berkenan dgn tentera, ntah apa sebabnya pun aku kureng pasti..bahkan akak aku pernah terpaksa lupakan cinta pertamanya yg jugak keja sbg TLDM..
Adik: Kenapa kawan dgn dia?
aku pun jelaskan reason aku yg tak berapa kukuh tu...sebenarnya, aku sdr x pasti kenapa dgn mudah aku berikan nombor tepon pada mr Z..dan aku tak berapa ingat info dirinya dalam blog tue..cuma aku ingat, aku pernah tanya pada seorang perempuan yang pernah dihubunginya ( dalam blog tue jugak le)..kenapa block dia? dia ada buat salah ke? perempuan tu cakap sebab dia nampak garang..alamak! aku plak tak perhatikan gambonya betui2..tapi hakikatnya, hati aku terbuka untuk berkenalan dgannya tanpa rasa ragu..
adik srh aku cb kawan dulu..kalo betul ada jodoh, mak ayah x kan halang..dia sdr akan bantu aku sekiranya perlu..aku rasa terharu plak dgn adik aku sorang ni..garang pun baik hati jugak..kemudian aku cakap la pasal rahsia gelap famili kami tue..adik kata, baik berterus-terang..takut nnt aku dah feeling abis dkt mr Z, dia pulak tinggalkan aku bila dapat tahu..
malam itu, sebelum maghrib, mr Z call..mulanya berbual mcm biasa..tapi kemudian aku beranikan diri nak bgtau..
aku: A**, sebenarnya ada benda saya nak cakap ni..( ewah, ayat tersusun lak..A** tue nama panggilan dia)
mr Z :Apa dia?
masa tue, aku jadi gabra sesgt...bergetar suara aku..yg bestnya, dia suruh aku tarik/lepas nafas untuk bertenang..nak tergelak pun ada..tp akhirnya aku tak mampu nak luahkan..terlalu berat nak cakap..kemudian dengar azan..aku mengelak dgn alasan untuk solat..dia mulanya nak jgk aku cakap tapi kemudian dia compromise..terlepas, lalala..Adik tengok je aku tapi tak kata apa..dia faham, bkn mudah untuk beritahu orang lain rahsia ini..aku x jadi bgtau dia hari itu tapi janji akan bgtau pada hari lain.......
No comments:
Post a Comment