Monday, August 24, 2015

selfie



ukhuwah








adik-adik kite..ukhuwah till jannah

Admin








Bekas admin Setia Nan Satu...memori tercipta

Cinta terakhirku

Lamanya tak jenguk blog aku nih..hehe, rindu pulak asenya...dah lama tak mencoretkan sesuatu untuk luahkan perasaan di hati...hurmmm, nak mula dari mana ya..selepas ayah meninggal, kehidupan aku lebih mencabar...dengan belajar lagi, masalah keluarga lagi dan terutamanya masalah cinta...haaaaa......cinta hadir tanpa kuduga dan aku adalah pihak ketiga...OMG....kenapalah ini berlaku pada aku????/

Kedua lelaki aku temui, suami orang...aku rasa dihargai, disayangi..hampir-hampir aku setuju untuk mnejadi isteri kedua..tapi, lelaki pertama khianati aku, mempunyai lebih ramai wanita selain aku..aku tinggalkan dia dengan harapan dia akan rasa perit dan berubah sikap..kembali menghargai isteri dia yang amat baik..lelaki kedua, lelaki yang kurasakan kuat cemburu, tapi amat betanggungjawab..dengan dia, aku sampai terfikir untuk berkawin dgn merahsiakan statusnya...hubungan kami pasang surut, bergaduh sesaje tapi setiap kali juga kami akan berbaik...tapi, hubungan kami diketahui isterinya dan sejak itu kami tidak dapat berhubung sekerap dulu...sepanjang aku ditinggalkan, aku banyak berfikir..dia suami orang, bakal menimang cahaya mata kedua, aku tidak boleh hadir ketika ini..dengan berat hati, aku membohongi dia dengan mengatakan aku bakal bertunang atas pilihan keluarga..aku tahu dia patah hati, kecewa dengan aku tapi itu yang terbaik..aku mahu dia membenci, melupakan aku, dan fokus kepada keluarganya..perit juga aku rasa dengan perpisahan ini

Kemudian, aku berusaha mulakan hubungan baru...menemui seseorang, yang sepastinya bukan milik sesiapa...dalam takut, aku mencuba lagi untuk bukakan hati..mulanya lancar, aku beransur-ansur melupakan yang lama dan menerima dia dalam hatiku..perlahan-lahan, aku kembali merasai cinta yang pernah aku alami dulu ketika bersama ex tldm..aku tak sangka dapat merasai semula keindahan cinta..tapi...kenapa semakin dia mejauhi aku? satu mesej pun susah kecuali aku mulakan dulu..andai dia ada orang lain, kenapa tidak beritahu aku?kenapa buat aku ternanti-nanti mesejnya seolah pungguk rindukan bulan? hari ini aku berhenti menghantar mesej, wlpun rindu, tapi aku ingin mengubat rajukku..

Andai satu hari dia mengucapkan kata putus, aku redha...siapalah aku untuk menghalangnya dari menemui orang lain..aku akan bawa diri jauh..akan terluka seperti yang pernah aku lalui..dan aku takkan mencari cinta lagi..cukuplah dia menjadi cinta terakhirku..