Bebaru ni, kakak abang ipar aku meninggal dunia sebab penyakit kencing manisnya...masih muda, dalam lingkungan 40-an....dia tinggalkan tiga anak perempuan dan sedikit harta.. aku yang kebetulan berada di Tepeng terus pecut balik sekejap ke Sik..lagipun, perak cuti sampai Isnin sempena Hari Malaysia...
sayu aku bila Zatil, anak bongsunya yang dijaga kakak aku menangis bila jenazah dibawa masuk van..aku hanya mampu pujuk je..masa tu aku pk betapa pendek usia arwah...kalo tak kerana penyakit tu, dia masih hidup untuk beberapa tahun lagi..
OTW balik ke perak, aku asyik berfikir soal hidup dan mati...kalo ALLAh hendak memanggil, tidak kira masa dan usia..bila2 je kita pergi menghadap-NYA...seharusnya kita hargai masa yang ALLAH beri kepada kita untuk bernafas di bumi ni....buat apa yang perlu agar jangan ada kekesalan..sebab itu aku hampir2 hendak send mesej kat dia untuk beritahu yang aku masih menyayangi dia....aku takut, sekiranya ALLAH memanggil, aku tidak sempat untuk beritahu dia perasaan aku yang sebenarnya...tidak sempat nak cakap yang aku sangat...sangat..sangat sayangkan dia...
tapi aku hanya berfikir dalam otak je la, x buat pun...rasa macam tak patut, tak sesuai kerana mungkin dia sudah temui orang lain sekarang ini..tak nak la kerana mesej bodoh aku tu hidupnya terganggu..tak pa, biarlah aku luahkan di blog ni je...sama jugak kan..sama ke?
No comments:
Post a Comment