aku cintakan kau..sesungguhnya kau adalah yang pertama bertakhta di hati aku..bercinta denganmu bagaikan mimpi sahaja..sehingga sekarang aku seperti tidak percaya yang aku alami juga perasaan yang dipanggil cinta ini..dan aku juga akhirnya merasai pahitnya putus cinta..memang betul kata orang, putus kasih ini menyebabkan kita merana...makan tak lalu, tidur tak lena..setiap masa hanya kau dalam minda aku..
aku berusaha dan berusaha untuk melupakan kau..sesungguhnya aku berusaha! namun aku gagal..kau masih menghuni sangkar hatiku...aku tidak tahu apa lagi yang boleh aku lakukan sekarang ini..semakin kuat aku berusaha untuk melupakan kau, semakin kuat rasa rinduku pada kau...
kau takkan tahu selamanya yang aku menyintai dan sebenarnya masih menanti kau kembali menyayangi aku....aku mengalah bila kau abaikan pesanan aku...nyata kau jelas tidak mahu ada apa2 dengan aku lagi...pedihnya hati bila aku fikirkan kemungkinan ini...tapi aku pasrah kerana sedar salah aku semua ini terjadi..salah aku yang tiada cara untuk perbaikinya...
aku sering teringatkan kisah cinta kita yang singkat itu..setiap kali itu juga air mata aku pasti gugur kerana merindui dirimu...kalaulah kau tahu betapa terseksanya aku di saat ini, adakah kau akan berikan peluang kedua padaku?
cintaku tak pernah padam, Zawawi...sekiranya aku tidak dapat menerima yang lain, bukan kerana aku trauma atau fobia cinta..tapi bagiku hanya kau yang pertama dan yang terakhir bertakhta di sangkar hatiku...
No comments:
Post a Comment